Attention!
*blog ney akan ditukar label nya dari diari harian kepada tips tips,
petua petua, pemuda pemuda, dan segala gala yang berkenaan.
*tidak akan menceritakan lagi tentang dirinya, dirimu, dirikau,
dirimereka, dan segala diri yang ada.
*so, if korang nak apa apa tips or whatever, just usya lah ken,
itupun kalau nak lah kenn.

Wednesday, April 07, 2010

Kurus ke Gemuk?

Semua orang nak kurus, kepeng, krempeng, lidi, papan macam model kan? Hmm, sape lah yang taknak badan macam tu akak oi. Tetapi, ramai yang tak mampu nak kurus kan badan dgn cara yang betul dan sihat. Ada segelintir perempuan2, akak2, makcik2, puan2, nenek2 yang sanggup ambil segala pil langsing yang konon nya disahkan oleh JAKIM. Ecehh, and ada juga yang sanngup tak makan selam 3bulan tuu semata mata nak nampak kurus dan langsing gitu macam Rozita Che Wan, ffeeewwiitt. So, dekat bawah ney ada lah sedikit sebanyak cara cara untuk kurus kan badan anda anda semua secara efektif okay ;) Hope dapat laksanakan dgn baik

1 Jangan Guna Jalan Pintas
Sanggup tak makan nasi 3bulan! Wah wah, bukan main lagi. Jangan amalkan cara pemakanan yang sebegitu, kemungkinan akan memudaratkan kesihatan anda semua kan? Sebenarnya, nasi adalah satu makanan yang mengandungi karbohidrat yang penting untuk memberi kita tenaga yang secukupnya semasa membuat sesuatu aktiviti harian. Seeloknya, amalkan cara pemakanan yang sebegini ; 'makan sayur berlaukkan nasi' dan bukan 'makan nasi berlaukkan sayur'. Oh, kepada anda anda yang suka mengambil jalan shortcut seperti ambil pil langsing. Janganlah amalkan sangat ye. Tidak elok untuk badan anda yang masih cantik itu. Segala pil yang anda telan akan berkumpul di suatu tempat.

2 Bersenam! Satu Dua Tiga Satu
Anda hendak kelihatan langsing seperti Scha Al-Yahya? Atau Datuk Siti Nurhaliza? Rozaita Che Wan? Wondergirls? Hahm begini caranya, anda hendaklah tanamkan sikap rajin dan berdisiplin dalam diri supaya dapat mengamalkan amalan bersenam. Bersenam 3kali seminggu selama 20-30 minit sahaja. Tidak susah bukan? Jika mengamalkan secara berterusan, insyaAllah, badan anda akan kehilangan berat badan dan badan anda kelihatan cun melecun punya.

3 Banyakkan Minum Air Kosong
Ramai yang tidak suka minum air kosong kerana perasa nya. Hah? Begitukan cara anda menguruskan badan dgn minum minuman yang manis? Waw, kencing manis adalah kan? Jadi, anda hendaklah minum air kosong sebanyak 8/9 gelas dalam sehari. Pandai pandai lah bahagi masa kan.

4 Park Kenderaan Jauh Sikit
Haa, nak kurus sgt kan? Amalkan cara ini. Jika anda ke Mall / Kedai Runcit / The Store / Carefour atau ape ape lah yang anda tuju, park kereta anda jauh sikit dari pintu masuk. So, anda boleh lah berjalan kaki dari parking lot ke entrance.

5 Utamakan Naik Turun Tangga
Gunalah tangga ketika anda hendak naik ke pejabat / naik ke rumah bagi yang stay kat rumah pangsa atau kondominium atau ape ape jelah. Aktiviti ini dpt menurunkan lemak lemak yang ada di bontot bontot anda semua. Jangan lah nak meringankan bontot anda untuk naik ke rumah menggunakan lif yang disediakan.

6 Kurangkan Makan di Luar
Masakan sendiri lagi berkhasiat daripada makan di luar. Kesan makan di luar adalah membazir yaww. So, jgn amalkan! No! No! No!

7
Jangan
Simpan Chekedis dalam Drawer
Sape yang jenis suka makan junk food seperti check-check-chekedis neh, tolong tanam hidup hidup sekarang. Tak elok lahh. Membahayakan kesihatan anda anda semua yea. Mana lah kita tahu ada bahan kimia ke dalam junk food tuhh.

8 Jangan Abaikan Sarapan
Selalu nyaa, anak gadis seperti awak nih akan meninggalkan sarapan pagi nya semata mata nak jaga badan. Ehh, mana boleh. Sarapan tuh adalah tenaga pagi ketika hendak menjalankan sesuatu aktiviti macam pelajar. Tetapi, bila sarapan uh, jangan lah pergi bantai nasi lemak pulak. Wah, berlemak betul selera pagi buta yew. Makan oat sudah. Takpun minum susu dan makan telur separuh masak.

9 Jangan Selalu Timbang Berat Badan
Ramai yang suka timbang berat badan kan? Sebab nak bandingkan berat kita dgn kawan sebelah lah kan. Konon Minah timbang 45kg, Joyah timbang 49kg, pastuh pergi pulak bahan si Joyah ney kata dia gemok lah, makan banyak lahh, ape lah, padahal si Joyah nehh kerempeng jew. Lagi anda timbang, lagi anda risaukan keberatan berat anda itu.

10 Involve kan Family Korang
Kena jugak buat 'family reunion' kan! Adakan lah aktiviti seperti bersenam kew, ape ke. Baru lah badan korang jadi mantap kan? Nak cantik tak?

11 _____________________

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Hah! Apa tunggu lagi! Pergi buat sekarang. Nih kamu neh, yelah kamu lah. Yang tengah duduk atas kerusi sambil chatting dgn kengkawan kat fesbuk and mespes tuh, gerak sekarang. Amboi amboi, berlemak sungguh yew, baca reti, buat tak reti. Kaki karang!